DATUK Hanifah Hajar Taib, tidak sempat mengundi bagi memilih Speaker Dewan Rakyat hari ini kerana tiba lewat di Parlimen berikutan masalah kesihatan.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap pemimpin utama gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.
Jelas Fadillah, Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah tidak sihat awal hari ini menyebabkan beliau tiba lewat ke persidangan.
“Beliau kini berada di Dewan Rakyat tetapi tidak sempat mengundi (Speaker),” kata Fadillah memetik laporan Free Malaysia Today.
Baca lagi: Johari peroleh sokongan majoriti, dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat baharu
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mendapat 147 undi hari ini manakala calon dari pihak pembangkang, Datuk Radzi Sheikh Ahmad mendapat 74 undi.
Johari menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Walaupun terlewat atas faktor kesihatan, Hanifah tetap hadir untuk mengangkat sumpah Ahli Parlimen.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

