Tanah runtuh Batang Kali: Polis rakam percakapan pengurusan SJKC Mun Choong

Dari Penulis

POLIS akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong untuk proses rakaman percakapan berhubung tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihak pengurusan sekolah telah pun diberitahu berhubung hasrat polis untuk mengadakan satu pertemuan.

Katanya, proses rakaman percakapan mungkin akan selesai dalam masa antara satu ke dua minggu lagi.

“Proses ini akan dijangka dalam seminggu dua ini, kita akan maklumkan kemudian berkaitan pertemuan ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Baca artikel lain: Tanah runtuh Batang Kali: Bomba temui 4 petunjuk baharu, pertama kali guna GPR

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm.

Terdahulu lebih 20 guru SJKC Mun Choong dan ahli keluarga mereka disahkan antara mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan tersebut.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong berkata, mengikut maklumat diterima, beberapa guru yang berjaya diselamatkan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Suffian menambah, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan, Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar gesa kuasa pertengahan jadi jambatan dunia, bukan terperangkap persaingan kuasa besar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara-negara kuasa pertengahan memainkan peranan lebih aktif sebagai jambatan persefahaman global ketika...

More Articles Like This