PENDUDUK yang berdepan dengan situasi banjir digesa untuk sentiasa patuh dengan arahan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang keadaan tidak diingini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka juga digesa untuk berpindah awal sekiranya diminta berbuat demikian.
“Saya juga berharap ketua keluarga untuk sentiasa memantau pergerakan keluarga di kawasan banjir bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kepada keluarga masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad Zahid menambah, Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat telah diaktifkan dan tahap kesiapsiagaan sentiasa ditambah baik.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ini khusus bagi menghadapi bencana yang sedang dan bakal berlaku terutamanya di kawasan berisiko tinggi.
Baca artikel lain: Usul undi percaya kepada PM hanya gimik semata-mata – Hamzah
Katanya lagi, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga sudah dilengkapi dengan keperluan asas untuk mangsa yang terkesan.
“METMalaysia pada 19 Disember telah mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya yang telah dikemas kini bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan peringkat buruk bagi negeri Perlis, Kedah, Perak dan Pahang.
“Luruan monsun dijangka berterusan sehingga 25 Disember dan hujan berterusan dijangka berlaku di timur dan utara Semenanjung.
“Hujan lebat berterusan juga dijangka tertumpu di Pahang dan Johor pada bermula 21-22 Disember,” katanya.
Oleh yang demikian, beliau telah meminta semua Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk memastikan segala aset pengoperasian mencukupi serta berada di dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.
“Bagi mangsa yang memerlukan bantuan kecemasan diminta terus menghubungi talian 999 untuk tindakan lanjut pihak berkuasa,” tegasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

