Usul undi percaya kepada PM hanya gimik semata-mata – Hamzah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

USUL undi percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan hanya gimik semata-mata.

Perkara tersebut ditegaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika membahaskan usul undi percaya itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Hamzah menegaskan, usul berkenaan hanya gimik apatah lagi ia dilakukan selepas satu perjanjian persefahaman kerjasama yang telah ditandatangani oleh semua pemimpin gabungan parti-parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Menurut Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, usul yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof membawa kepada banyak persoalan.

“Usul dibawa Petrajaya (Fadillah) membawa kepada banyak persoalan apakah usul ini mempersoalkan kuasa dan keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong atau pun kerana kerajaan dibentuk ini adalah sebuah kerajaan minoriti.

“Saya ambil kesempatan ini kepada Tambun (Perdana Menteri) yang telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun seperti kenyataan Tambun bahawa Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sudah pun dalam pusingan pertama memperolehi sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kami sedar bahawa usul ini hanyalah gimik semata-mata,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Usul undi percaya terhadap Anwar dibentang di Dewan Rakyat

Beliau berkata demikian ketika berbahas berhubung usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah menegaskan, perjanjian persefahaman kerjasama antara kesemua parti dalam kerajaan telah menyekat, merosakkan dan memudaratkan Demokrasi Berparlimen.

Katanya, kesan kumulatif perjanjian itu secara ringkas memerlukan semua ahli Parlimen semua parti Pakatan Harapan (PH); Barisan Nasional (BN); Gabungan Parti Sarawak (GPS); Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan untuk mengundi hanya satu cara yang dikehendaki Perdana Menteri.

Beliau berkata, perjanjian tersebut juga bercanggah dengan prinsip asas Demokrasi Berparlimen yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

“Ia mengambil kebebasan bercakap, berbahas dan mengundi di Parlimen serta kesemua hak-hak yang dijamin dalam satu sistem.

“Sekatan terhadap kuasa dan hak ahli Parlimen untuk bersuara dan berbahas akan menghalang isu kritikal rakyat untuk diutarakan dengan seterusnya.

“Ahli Parlimen juga akan dihalang untuk menyuarakan yang benar dan betul sebaliknya mereka akan dikongkong untuk mengikut kehendak Tambun.

“Kalau hak bersuara Ahli Parlimen boleh disekat sebegitu sahaja apatah lagi untuk rakyat di luar sana tambahan pula Tambun tak boleh menafikan bahawa dalam kalangan mereka di sana (kerajaan) juga ramai yang menolak serta tak bersetuju dengan syarat yang ditandatangani dalam perjanjian tersebut,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This