SETAKAT pukul 2 petang tadi terdapat 67,214 mangsa banjir di negara ini yang terdiri daripada 18,450 keluarga.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, mangsa-mangsa tersebut datang dari lima buah negeri membabitkan 20 daerah.
Katanya, sebanyak 469 buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka kesan banjir yang terjadi akibat Monsun Timur Laut itu.
“Ini keadaan semasa situasi banjir di seluruh negara khususnya di lima negeri.
“Secara kumulatifnya, sejak MTL melanda pada awal November, jumlah keluarga ditempatkan di PPS adalah 25,635 keluarga dengan jumlan mangsa dipindahkan 92,157 mangsa iaitu melibatkan 11 negeri,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Kerajaan Keluarga Malaysia juga bela rakyat, kata Ismail Sabri
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima sumbangan Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) dari FGV Holdings Bhd (FGV) di Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Armizan berkata, situasi banjir di negara berada di tahap kedua dan dalam kedudukan terkawal.
Katanya, Jabatan Meteorologi Malaysia juga sudah mengeluarkan ramalan barunya bahawa luruan monsun dijangka berlaku sehingga Ahad ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

