Kerajaan Keluarga Malaysia juga bela rakyat, kata Ismail Sabri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Keluarga Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan kos sara hidup rakyat tidak melambung tinggi.

Ismail Sabri yang merupakan bekas Perdana Menteri berkata, antara usaha yang dilakukan kerajaan terdahulu adalah tidak menaikan tarif elektrik di Semenanjung.

Jelas Naib Presiden UMNO itu, Kerajaan Keluarga Malaysia secara tidak langsung menanggung kos sebanyak RM5.8 bilion pada Jun lepas bagi membolehkan inisiatif tersebut dilaksanakan.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan terdahulu pada masa sama turut memberikan subsidi sebanyak RM1.2 bilion kepada penternak untuk tidak menaikkan harga ayam serta telur.

“Ini semua adalah antara usaha yang dilakukan bagi meringankan beban rakyat dan saya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meneruskan aspirasi Keluarga Malaysia.

“Terima kasih juga kepada  Perdana Menteri kerana meneruskan inisiatif- inisiatif Kerajaan Keluarga Malaysia dalam Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Anwar adakan pertemuan dengan Ismail Sabri, bincang isu semasa

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, inisiatif-inisiatif yang diluluskan itu merupakan sebahagian daripada aspirasi Bajet Kerajaan Keluarga Malaysia dibentangkan pada 7 Oktober lalu.

Menurut ahli Parlimen Bera itu, inisiatif itu turut  memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran ekonomi negara.

Jelas beliau, ia turut mengambil kira semua aspek khususnya untuk membela golongan B40 dan sebagai persediaan bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang diramalkan berlaku pada tahun depan.

“Antara inisiatif-inisiatif Bajet 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Musim Tengkujuh, Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 dan Bantuan Khas Kewangan untuk kakitangan awam serta menyediakan 50,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita antara dua ditahan samun guna pisau, cederakan pemandu e-hailing

SEORANG wanita merupakan dua suspek yang ditahan bersabit kejadian samun bersenjatakan pisau hingga mencederakan seorang pemandu e-hailing di Terminal...

More Articles Like This