PAS tumpu banjir di Kelantan dan Terengganu, salur bantuan kepada mangsa

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PAS akan memberi tumpuan penuh kepada mangsa-mangsa banjir khususnya yang terdapat di negeri Kelantan dan Terengganu.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya turut akan menyampaikan bantuan kepada mereka yang terjejas supaya dapat meringankan beban ditanggung.

“Menghadiri sidang Parlimen pada hari kedua. Sidang hari ini berjalan singkat bagi meluluskan RUU Kumpulan Wang Disatukan yang mendapat sokongan sebulat suara.

“Ahli-ahli Parlimen PAS akan terus segera balik ke kawasan masing-masing, untuk memberikan sepenuh perhatian kepada rakyat yang menghadapi musibah banjir terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

“Saya juga akan singgah di Kemaman dan Dungun, untuk melihat keadaan banjir di sana dan memberikan bantuan kepada mangsa banjir,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor sehingga Khamis

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan sangat lebat berterusan (peringkat bahaya) dijangka berlaku di Terengganu manakala hujan lebat berterusan (peringkat buruk) di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta di Pahang membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Hujan berterusan peringkat waspada diramal berlaku di Gua Musang, Kelantan; Jerantut dan Maran di Pahang serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah pada 23 hingga 24 Disember ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa bencana tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, Jumaat lalu.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat keluarga mangsa korban banjir dan tanah runtuh tempoh hari,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This