Pemuda bunuh murid selepas diejek sumbing, tak ‘good looking’

Dari Penulis

ENGGAN terima kenyataan cintanya ditolak, seorang lelaki bertindak kejam menjerut murid perempuan berusia 17 tahun menggunakan tali sebelum membuang mayat di dalam kebun jagung.

Kejadian dilapor berlaku di daerah Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia, Khamis lalu.

@utusantvofficial

Suspek ajak mangsa “couple” tapi kena reject sebab sumbing. Kejadian di Deli Serdang, Sumatera Utara. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Gadis yang dikenali sebagai Lidya Patmos Sitinjak, 17, dibunuh oleh pemuda bernama Rizky Lewa Al Reza, 25 tahun selepas diejek mangsa.

Rizky Lewa Al Reza, 25, membunuh murid perempuan berusia 17 tahun menggunakan tali sebelum membuang mayat di dalam kebun jagung.

Menurut laporan Tribune Medan, berdasarkan laporan suspek yang diterima polis, suspek berang kerana cintanya ditolak mangsa hanya kerana bibirnya yang sumbing.

“Suspek tersinggung dan sakit hati kerana mangsa mengatakan suspek cacat dan sumbing,” kata Ketua Bidang Hubungan Masyarakat, Kombes Hadi Wahyudi.

Katanya lagi, mangsa berkenalan dengan suspek dua minggu lalu menerusi media sosial Facebook kemudian sering berborak dan bersetuju untuk bertemu pada hari kejadian.

Suspek menjemput mangsa di rumah sekitar pukul 10 pagi dan terus membawanya ke sebuah ladang jagung

Setibanya di lokasi, suspek bertanya kepada mangsa tentang hasratnya untuk menjadikan mangsa sebagai kekasih, tetapi mangsa hanya berdiam diri.

Suasana menjadi lebih panas apabila mangsa menolak cinta suspek kerana paras rupa suspek yang cacat.

Suspek mengeluarkan tali di jaketnya lalu menjerut mangsa selama 10 minit sehingga mangsa jatuh ke tanah dan ditinggalkan di tempat kejadian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This