PEMBANGKANG didakwa cuba mengelirukan rakyat apabila bertindak untuk tidak meminta undi belah bahagi pada usul undi percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, semalam.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembangkang sebenarnya bimbang akan kalah besar sekiranya mereka minta undi tersebut dijalankan.
“Mengapa tak minta belah bahagian, nampak sangat hendak mengelirukan rakyat. Sebenarnya kalau mereka minta belah bahagian, mereka akan kalah besar.
“Sebab itu mereka takut nak minta undi belah bahagian,” katanya dalam ciapan di laman Twitter, hari ini.
Baca artikel lain: Tak bantah undi suara, pembangkang tidak perlu lagi main isu keabsahan – Penganalisis
Semalam, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hasan berkata, keputusan tidak meminta undi belah bahagi bersandarkan pendirian bahawa usul itu tidak sewajarnya dibentangkan di Parlimen.
Beliau berkata, ini kerana, Anwar sudah pun diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri ke-10.
Bagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mencabar Anwar membuktikan keabsahan sokongannya ketika permulaan pembentukan kerajaan.
Berikutan itu, Anwar pada sidang media pertama selepas mengangkat sumpah Perdana Menteri memutuskan untuk melakukan undi percaya terhadapnya pada 19 Disember.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

