Shamsul Iskandar dilantik Setiausaha Politik Kanan Anwar

Dari Penulis

BEKAS Ketua Penerangan PKR Pusat Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata majlis angkat sumpah simpan rahsia berlangsung di Putrajaya hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar hadir bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ialah bekas Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai dan Ahmad Farhan Fauzi.

Baca artikel lain: UMNO tak boleh salah langkah lagi, amaran Hishammuddin

“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Anwar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu, Shamsul Iskandar yang juga bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya bertanding di Bagan Datuk, namun tewas kepada penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Chan menjadi Ahli Parlimen Alor Setar dari 2018 hingga 2022.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This