MA63: Kerajaan umum perkara dipersetujui 4 Januari ini

Dari Penulis

KERAJAAN akan mengumumkan beberapa perkara dipersetujui berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada 4 Januari depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat mingguan Kabinet pada hari berkenaan.

Jelasnya buat masa ini, jawatankuasa teknikal MA63 sedang meneliti dan memuktamadkan beberapa perkara termasuk penurunan kuasa kepada agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Fadillah berkata terdapat beberapa perkara di luar bidang MA63 yang telah diminta oleh Sabah juga Sarawak untuk dipertimbangkan kerajaan Persekutuan.

“Selain itu, ada beberapa perkara berkaitan MA63 yang perlu melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan akan mengambil masa untuk diselesaikan.

Baca artikel berkaitan: Zahid fokus banjir, Fadilah tumpu MA63, kata Anwar

“Untuk perkara itu kita perlu tunggu persidangan Parlimen untuk dibentangkan dan diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan biskut sempena perayaan Hari Natal, hari ini.

Pada 5 Dis lepas, Anwar berkata Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi dipertanggungjawabkan untuk memfokuskan hal ehwal Sabah dan Sarawak terutamanya Perjanjian MA63.

Fadillah juga berperanan memastikan jurang ekonomi antara rakyat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan dikurangkan.

Pada 21 Dis, Anwar berkata kerajaan bersetuju memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri berkenaan.

Perdana Menteri berkata perkara itu diputuskan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memartabatkan MA63.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This