JUMLAH keseluruhan kes positif baharu COVID-19 di Malaysia sejak wabak mula menular kini hampir mencecah lima juta orang.
Ia berdasarkan rekod dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman KKMNOW yang menunjukkan jumlah kes positif ketika ini adalah sebanyak 4,984,407.
Laman web berkenaan turut memaparkan pertambahan kes sebanyak 766 pada hari ini yang melibatkan penularan tempatan.
Baca artikel lain: Malaysia rugi RM7.4 bilion akibat banjir dari 2017 hingga 2021
Bagaimanapun, jangkitan baharu wabak itu merekodkan penurunan berbanding 902 kes sehari sebelumnya.
Pada masa sama, satu kematian baharu akibat COVID-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes itu sebanyak 36,831.
Dalam pada itu, sebanyak 1,026 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,971,955 kes.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

