POLIS mengesahkan kemalangan membabitkan lima buah motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 26.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, pukul 12.30 tengah hari tadi berpunca daripada tindakan sebuah kereta mengubah haluan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Mohamed Mohamed berkata, kemalangan dipercayai berlaku semasa kesemua mangsa masing-masing berusia 35 hingga 58 tahun menunggang dari arah Genting Highlands menuju ke Gombak.
Beliau berkata, mangsa telah hilang kawalan selepas sebuah kereta mengubah haluan lalu masuk ke lorong penunggang motosikal dan mengakibatkan mangsa terbabas ke lorong kanan jalan.
Tambahnya, nombor pendaftaran dan jenis kereta tidak dapat dipastikan.
“Empat lagi penungang motosikal turut terbabas di atas jalan akibat mengelak mangsa yang terjatuh.
“Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan beberapa bahagian badan dibawa ke Zon Merah dan Kuning Hospital Selayang bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Penunggang melecur dalam kemalangan 5 ‘superbike’ dekat Karak
Jelasnya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 0176645812 atau 03-61262222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami

