TEKA-teki berhubung pemilihan UMNO yang menjadi tanda tanya ramai pihak akhirnya terlerai apabila Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan ia mungkin diadakan lebih awal.
Ahmad Zahid juga menyerahkan kepada perwakilan kaedah mana yang mereka mahukan dalam melaksanakan amalan demokrasi di dalam parti berhubung kedudukan dua jawatan tertinggi UMNO.
Katanya, beliau sentiasa mengangkat tinggi amalan demokrasi malah pernah meminta pemilihan UMNO diadakan pada tahun 2018 meskipun keputusan sebelumnya tidak seperti itu.
“Seluruh 191 bahagian akan mengadakan persidangan serentak pada hari yang sama di seluruh negara, dan mengadakan pemilihan kepimpinan bahagian dan pusat pada ketika itu.
“Jadi ertinya tidak perlu tunggu, cukup tempoh enam bulan untuk pemilihan parti ianya mungkin diadakan awal.
“Kita (kena) ingat bahawa 22, 23 Mac ialah masuk Ramadan, lepas itu Syawal, lepas itu bulan haji, jadi jangan fikir tentang banyak-banyaklah, jangan fikir pusing-pusing kepala,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam Program Jawab, Saya Tanya – Rekonsiliasi Politik: Apa Untung Pada Negara? di Nrchanneltv, malam tadi.
Baca artikel lain: Pelantikan Anwar sebagai PM-10 menutup tirai rencam peristiwa di pentas politik negara tahun ini
Ahmad Zahid menambah, sebelum sebarang keputusan dibuat berkenaan pemilihan parti, ia perlu dibawa ke Biro Politik terlebih dahulu dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk ditentukan oleh perwakilan.
Katanya, tindakan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan utama parti bukanlah perkara baharu kerana ia pernah dilakukan oleh kepimpinan sebelum ini.
“Barang diingat ada beberapa kali jawatan Presiden dan timbalan tidak ditandingi, di zaman pemimpin 22 tahun ada beberapa kali.
“Di zaman Pak Lah ada, di zaman Datuk Najib ada cadangan tapi tak jadi, ada beberapa kali beliau mengalami keadaan itu.
“Saya sebagai seorang demokrat saya serahkan pada perwakilan untuk menentukan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

