Kenyataan ‘terduduk’ angkuh, tidak kompeten, Wan Saiful cadang Rafizi diganti Johari

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli didakwa bersikap angkuh dan tidak kompeten susulan kenyataan terhadap penyokong Perikatan Nasional (PN) yang mempertikaikannya akan ‘terduduk’ dalam tempoh sebulan lagi. 

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan matlamat kerajaan bukan untuk membuatkan sesiapa ‘terduduk’. 

Sebaliknya, kata beliau, matlamat kerajaan ialah membantu rakyat tanpa mengira pegangan politik. 

Sehubungan itu, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasik Gelugor mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Rafizi dengan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. 

“Sekiranya Rafizi terus menerus angkuh, saya cadangkan Anwar gantikan dia dengan Dato Johari Abdul Ghani. 

“Dato Jo jauh lebih berwibawa dan tidak kebudak-budakan sehingga nak buat sesiapa ‘terduduk’ semata-mata sebab dendam politik,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baca artikel berkaitan: Pakar ekonomi dunia turut persoal ‘teori harga ayam’ Rafizi

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, semasa PN dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, gabungan itu menjaga kebajikan semua rakyat dan tidak pernah terniat supaya Pakatan Harapan (PH) ‘terduduk’. 

Beliau berkata, sikap angkuh kerajaan PH-Barisan Nasional (BN) inilah yang menyebabkan gabungan itu sentiasa tersalah sasaran. 

Jelas Wan Saiful, sasaran sebenar sepatutnya menghasilkan idea yang membantu rakyat tetapi disebabkan angkuh, sasaran kerajaan masih lagi mahu membalas dendam jika dikritik. 

“Akibatnya idea penyelesaian masalah rakyat masih belum ada. Sepatutnya pada masa ini, lihatlah bagaimana nak mulakan reformasi bekalan supaya kita ada penyelesaian jangka panjang berkaitan harga barang. 

“Dasar berkaitan insentif, percukaian, subsidi, peraturan eksport semuanya adalah perkara yang boleh kerajaan gunakan untuk bantu rakyat,” jelas beliau. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This