Menara Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

MENTERI yang bertanggungjawab pada penggal lepas tidak boleh bersikap lepas tangan berhubung isu penjualan Menara Kuala Lumpur.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, hal itu kerana Menara KL adalah antara mercu tanda negara penting yang dimiliki oleh syarikat milik kerajaan.

Jelas beliau, Kerajaan Perpaduan juga perlu membuat penjelasan terperinci yang telus agar masyarakat faham dan terus mendokong agenda integriti tinggi yang sedang dibawa ketika ini.

“MCW percaya pihak SPRM telah menerima  aduan berkenaan perkara ini dan akan melakukan penyiasatan yang terperinci.

“Aduan berkenaan kes penjualan Menara KL menerusi media sosial adalah bukti tentang peri pentingnya fungsi anggota masyarakat menviralkan berita yang mungkin benar untuk perhatian dan tindakan pihak berkuasa.

“Ayuh rakyat, kita mesti terus berani melaporkan berita yang mungkin benar demi memastikan rasuah dan salah guna kuasa dapat dibanteras dalam negara yang tercinta ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Isu PN beri UMNO jutaan ringgit sudah diterang kepada SPRM – Annuar Musa

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil mengesahkan saham syarikat pengurusan Menara Kuala Lumpur telah dijual oleh TM Malaysia (TM) kepada sebuah syarikat yang hampir ditutup bernama Hydroshoppe Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan beliau tiada kena mengena dengan pemindahan saham Telekom Malaysia Berhad (TM) dari Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd kepada sebuah syarikat, Oktober lalu.

Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd ialah anak syarikat TM yang menguruskan Menara Kuala Lumpur yang menjadi tarikan pelancongan negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram