Lelaki rogol anak tiri berusia 13 tahun sejak tahun lepas ditahan

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang disyaki merogol anak tirinya berusia 13 tahun sejak 2021 ditahan di rumahnya di Batu Kikir, Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Jempol, Hoo Chang Hook, berkata suspek berusia 34 tahun ditahan pada 5 petang semalam.

Katannya, polis menerima laporan mangsa yang mendakwa dirogol suspek pada 10 malam 10 Dis lalu.

“Ketika itu mangsa berada di rumah di Batu Kikir dan sedang tidur di ruang tamu sebelum dirogol suspek.

“Selepas kejadian itu mangsa menceritakan kepada kakaknya sebelum membuat laporan polis,” katanya menurut Berita Harian.

Hoo berkata, suspek direman selama tujuh hari hingga 5 Jan depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

“Mangsa ketika ini diletakkan bawah jagaan neneknya sementara pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat kelulusan bagi permohonan perlindungan interim (IPO) terhadapnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

72 pekerja asing dicekup dalam serbuan medan selera di Johor Bahru

SERAMAI 72 pekerja asing ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa premis makanan di sekitar bandar raya Johor Bahru selepas...

More Articles Like This