KPWKM nilai hukuman tegas terhadap pesalah kes dera

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menilai keperluan untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah kes penderaan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia dalam usaha memastikan kes penderaan terhadap kanak-kanak tidak lagi berulang di negara ini.

“Dengan perkembangan terbaru ini, KPWKM juga akan meneroka segala kemungkinan untuk memperkemas faktor-faktor pencegahan.

“Termasuklah seperti keperluan hukuman yang lebih tegas dan berat kepada pesalah agar kes penderaan sebegini tidak berulang lagi.

“Di samping pengajaran kepada ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam memberi jagaan yang terbaik kepada kanak- kanak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Anwar, Wan Azizah ucap takziah kepada PM India atas pemergian ibu

Terdahulu, Nancy bersedih dan memandang serius terhadap kes membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai didera sehingga meninggal dunia di Johor, baru-baru ini.

Beliau telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) segera menyiasat dan menyediakan laporan terperinci berhubung kronologi, sejarah serta setiap perkembangan kes itu.

Katanya lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang menjalankan siasatan dan KPWKM serta agensi di bawahnya akan memberikan kerjasama penuh.

“Antara perkara utama yang saya telah senaraikan untuk diberi tumpuan setelah diamanahkan untuk menerajui KPWKM adalah untuk menilai dasar-dasar semasa membabitkan kanak-kanak.

“(Selain) membawa penambahbaikan menyeluruh termasuklah dari segi aspek perlindungan, pemantauan serta pembangunan sosial kanak-kanak di negara ini,” katanya lagi.

Pada masa sama, Nancy menyeru orang ramai yang mengetahui kes penderaan memaklumkan kepada KPWKM melalui Talian Kasih 15999 atau nombor WhatsApp 019-2615999 atau menghubungi pihak berkuasa berdekatan dengan segera.

“Saya percaya kita rakyat Malaysia adalah penyayang, prihatin dan lebih baik daripada apa yang terjadi dalam kes seperti ini.

“Bersamalah kita memainkan peranan dalam mencurahkan kasih sayang dan memberi perlindungan sewajarnya kepada kanak-kanak demi kesejahteraan keluarga, keharmonian masyarakat dan kemajuan negara,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: METMalaysia tamatkan nasihat tsunami di perairan Sabah

NASIHAT tsunami yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini bagi kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad...

More Articles Like This