Bergurau ada bom dalam beg, wanita ditahan di Lapangan Terbang P. Pinang

Dari Penulis

TINDAKAN seorang wanita warga asing yang bergurau kononnya membawa bom dalam begnya membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata wanita berusia 33 tahun itu ditahan pada 4.30 petang selepas dia bergurau dengan menyebut ada bom ketika pemeriksaan barang dalam begnya di kaunter daftar masuk LTAPP.

“Wanita yang bekerja sebagai operator kilang di Ipoh, Perak menyebut dengan lantang “ada bom” sehingga didengari kakitangan di kaunter itu dan orang lain yang sedang menunggu untuk mendaftar masuk penerbangan di lapangan terbang tersebut.

“Semasa kejadian wanita itu bersama dua rakannya dijadualkan menaiki penerbangan ke Medan, Indonesia pada 5.30 petang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya wanita itu kini direman sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This