KPM pandang serius masalah kepadatan pelajar di Lembah Klang

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius masalah kepadatan pelajar yang dialami oleh sekolah-sekolah khususnya di kawasan Lembah Klang.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, usaha sedang ditumpu bagi menangani masalah tersebut dalam memastikan suasana pembelajaran selesa dan sempurna dapat diwujudkan.

“Oleh itu, kita perlu fokus kepada jalan-jalan penyelesaian yang ada serta tindakan secara bertahap dan berterusan akan dilaksanakan.

“Ini untuk memastikan para pelajar akan dapat belajar dengan lebih selesa dan infrastruktur yang lebih sempurna pada masa hadapan. #MalaysiaMADANI,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu esok, mohon bubar DUN

Pada masa sama, Fadhlina berkongsi maklumat berkenaan Sekolah Jenis Kebangsaan SJK(C) Regent Elmina yang mana projeknya dirasmikan oleh beliau pagi tadi.

“Pembinaan sekolah baru ini dijangka siap pada tahun 2025 dan pengambilan pelajar akan bermula tahun 2026.

“Pembinaan sekolah ini dilihat perlu bagi menampung keperluan penduduk di bandar baru seperti di Bandar Elmina,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This