Fatin Afeefa dah nikah, kini isteri jutawan

Dari Penulis

AKTRES Fatin Afeefa menamatkan zaman jandanya dengan lelaki dikenali sebagai Aliff Farhan pada majlis pernikahan yang dipercayai diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, malam tadi.

Difahamkan, Fatin sah bergelar isteri pada pukul  8.40 malam dengan hanya sekali lafaz.

Kad jemputan majlis pernikahan Fatin Afeefa & Aliff Farhan.

Sementara itu, jurusolek popular, Datuk Alha Alfa yang bertanggungjawab menata rias wajah Fatin turut berkongsi gambar pelakon itu dengan ucapan tahniah di media sosialnya.

“Fatin Afeefa, tahniah dan terima kasih kerana menggunakan khidmat saya,” tulis Alha di Instagram.

Malah, rakan selebriti seperti Bella Astillah dan Ika Nabella antara yang turut hadir ke majlis pernikahan pelakon filem Tentang Bulan itu.

Bella Astillah antara rakan artis yang hadir ke majlis pernikahan Fatin Afeefa dan suami

Walau bagaimanapun, sehingga kini Fatin masih belum berkongsi mengenai status terbaharunya di media sosialnya.

Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 sebelum sah bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7.

Malah, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki menerusi perkahwinan pertama iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This