SEORANG rakyat Malaysia antara yang maut dalam kebakaran di hotel kasino di Poipet, Kemboja yang mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang.
Wanita berusia 73 tahun itu dan suaminya warga Thailand maut dalam kebakaran di hotel kasino Grand Diamond City di Poipet, Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja pada 11.30 malam (waktu tempatan) Rabu.
Wanita itu, yang namanya dirahsiakan dan suaminya berusia 70 tahun pergi ke Poipet untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan anak perempuannya.
M Ramesh, saudara kepada si mati berkata ahli keluarga cuba menghubungi kedua-dua mereka selepas mengetahui tentang kebakaran itu tetapi gagal.
BERITA BERKAITAN Misteri pengantin perempuan dan lelaki berpakaian lusuh, penjaga pintu Hotel Fairmont
“Mereka kemudian dijumpai terkunci di dalam bilik hotel.
“Kedua-duanya ditemukan mati akibat terhidu asap,” katanya kepada Bernama.
Ramesh mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Phnom Penh dan Bangkok atas bantuan menghantar pulang jenazah.
Wanita itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Thai Islam di Bangkok pada petang Sabtu.
Pengebumian dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
Menurut AFP, kebakaran itu mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang – 17 warga Thailand, seorang warga Malaysia dan seorang warga Nepal.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Pengurusan Bencana, Kun Kim, berkata kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram