Polis siasat ketulenan video pasangan ceroboh Menara Merdeka 118

Dari Penulis

POLIS melakukan siasatan bagi mengenal pasti ketulenan video pasangan dipercayai warga Rusia yang didakwa menceroboh Menara Merdeka 118, baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman.

Menurut Yahaya, tindakan lanjut akan dilakukan dengan merujuk video tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Jelas beliau, pengesahan daripada Imigresen berhubung rekod keluar masuk kedua-dua individu itu juga sedang diusahakan.

Pada masa sama, Yahaya tidak menolak kemungkinan klip video dan gambar yang tular dalam media sosial itu telah disunting secara digital.

“Kita sedang bekerjasama dengan SKMM mengenai kesahihan dan ketulenan rakaman video yang ditularkan menerusi laman web ‘Sky Scraper City Forum’.

“Kita juga sedang dapatkan pengesahan daripada Imigresen berhubung rekod keluar masuk suspek berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Yahaya memaklumkan, siasatan awal mendapati pihak pengurusan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyatakan bahawa sistem kawalan ketat dibuat di seluruh kawasan menara.

Baca artikel berkaitan: Polis siasat dakwaan pasangan Rusia panjat Menara Merdeka 118

Katanya, ia sekali gus menyukarkan mana-mana pihak untuk masuk dan memanjat menara tersebut.

Setakat ini, Yahaya memberitahu, pihaknya hanya menerima satu laporan daripada pihak pengurusan menara berkenaan selepas video itu tular.

“Apa pun pihak polis harus menunggu hasil dari siasatan yang dibuat selepas merujuk kepada SKMM dan Imigresen,” ujar beliau.

Sebelum ini, media melaporkan polis sedang menjalankan siasatan dakwaan pasangan dari Rusia yang menyatakan mereka telah berjaya memanjat dan merakam gambar berada di puncak Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Pasangan itu yang dikenali sebagai Ivan Beerkus dan Angela Nikolau disiasat kerana disyaki menceroboh bagi memanjat bangunan berkenaan.

Gambar Ivan dan Angela dari puncak bangunan kedua tertinggi di dunia berkenaan dimuat naik di laman sesawang SkyscraperCity.com dna kemudiannya di Says.com yang menunjukkan kedua-dua pasangan itu di dakwa berdiri di atas puncak bangunan.

Pasangan itu dipercayai menggunakan dron untuk mengambil gambar dan memanjat tangga dari dalam menara untuk ke puncak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This