KPM sentiasa cari jalan selesai isu keciciran murid – Fadhlina

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan sentiasa mencari jalan penyelesaian berhubung isu keciciran dalam kalangan murid sekolah ke arah usaha sifar keciciran.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian itu amat prihatin dengan semua masalah pendidikan terutama isu keciciran murid sekolah.

Justeru, kata beliau, pemantauan dan intervensi pihak sekolah ke atas murid yang berisiko tercicir supaya mereka kekal bersekolah sehingga tamat Tingkatan 5.

Menurut Fadhlina, langkah tersebut bagi memastikan semua anak bangsa berhak memperoleh kesaksamaan pendidikan walau di mana pun mereka berada.

“KPM amat prihatin akan masalah pendidikan khasnya isu keciciran dalam kalangan pelajar dan sentiasa mencari jalan penyelesaian ke arah sifar keciciran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video amanat Tahun Baharu 2023 yang dimuat naik ke akaun Facebooknya, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan diaktifkan semula

Pada masa sama, Fadhlina berkata, kebajikan warga pendidik juga akan terus dititikberatkan sekali gus menjadi tumpuan utama KPM.

Katanya, memperkasakan sistem pendidikan dan merealisasikan pembudayaan ilmu tidak boleh dibuat secara semberono.

Beliau mengakui akses maklum balas daripada setiap pemegang taruh sudah tentu memakan masa dan perlu sampai kepada jalan penyelesaian yang sesuai untuk masyarakat.

“Setiap jerih perit payah mendidik anak bangsa adalah mutiara yang tiada tolok bandingnya.

“Tahun 2023 ini adalah tahun untuk kita melakar sebuah wajah baharu pendidikan Malaysia dengan merangkul setiap kekuatan di peringkat pakar dan menelusuri setiap denai dalam mendorong anak kita ke peringkat terbaik dari sudut akademik dan sahsiah,” jelas beliau.

Menyifatkan pendidikan sebagai gerbang menuju ke galaksi pengetahuan yang terbentang luas, Fadhlina berkata proses pencarian, pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak.

Justeru katanya, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara memerlukan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This