“SAYA hanya perlukan penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.”
Itu kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim susulan dakwaan dibuat bekas Menteri Besar Perlis itu bahawa tiada peruntukan diterima pembangkang.
Menurut Shahidan, beliau telah mendapat maklumat bahawa semua Ahli Parlimen kerajaan telah pun memperoleh peruntukan untuk kawasan Parlimen masing-masing.
Justeru, beliau membidas Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan yang mengatakan bahawa Shahidan cuba untuk ‘memancing’ dan menekan kerajaan supaya diberikan peruntukan sama dengan wakil kerajaan menerusi Belanjawan 2023.
Malah, Shahidan juga mengatakan beliau tidak perlu mendengar penjelasan daripada Mohd Sany kerana merasakan Ahli Parlimen Hulu Langat itu sebagai tidak layak memberi penjelasan.
“Saya telah mendapat maklumat bahawa semua Ahli Parlimen dari kerajaan telah mendapat peruntukan.
“Tetapi hingga ke hari ini tiada peruntukan yang diterima pembangkang terutama negeri yang diterajui Perikatan Nasional seperti Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Baca artikel berkaitan: Baru hari pertama, Dewan Rakyat kecoh Shahidan pertikai usul undi percaya
“Saya tidak perlu mendengar penjelasan daripada Ahli Parlimen Hulu Langat. Ini kerana saya merasakan penjelasan beliau sesuatu yang tidak layak.
“Selamat menjaga kesihatan dan semoga cepat sembuh Hulu Langat,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Mengulas lanjut, Shahidan menegaskan beliau hanya menuntut hak sebagai Ahli Parlimen untuk diagihkan kepada rakyat.
“Jadi tidak wajar apabila duit kerajaan diedarkan secara tidak adil.
“Bersesuaian dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) iaitu memberi peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen,” katanya.
Semalam, Mohd Sany mempersoalkan dakwaan dibuat Shahidan berkaitan peruntukan yang dikatakan tidak diterima oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.
Shahidan sebelum itu mendakwa Kerajaan Perpaduan dipimpin Anwar ketika ini tidak menyalurkan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang.
Bekas pemimpin UMNO itu juga menyatakan akan membuat perbincangan secara berterusan bersama pihak terlibat bagi memastikan isu berkaitan peruntukan dapat diselesaikan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

