Annuar Musa ambil tindakan undang-undang berhubung isu polemik Menara KL

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bertindak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memuat naik dakwaan berunsur fitnah berhubung polemik penjualan Menara Kuala Lumpur.

Annuar menerusi kenyataa yang dimuat naik di media sosial beliau berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap tiga individu iaitu Adrian Lim Chee En, K Pragalath Kumar dan Mohd Razlan Rafii.

Jelas Annuar, pihaknya juga sedang mengesan individu-individu yang memuat naik posting berunsur fitnah yang menggunakan identiti palsu di media sosial untuk tindakan lanjut.

“Sejak tercetus polemik berhubung Menara KL yang kononnya dijual senyap-senyap oleh TM, telah tersiar pelbagai kenyataan yang mengelirukan.

“Lebih buruk lagi terdapat beberapa posting yang tanpa segan silu membuat fitnah yang menjejaskan imej dan reputasi serta memberi kesan mendalam kepada beberapa pihak termasuk diri saya sendiri,” katanya.

Baca lagi: Isu PN beri UMNO jutaan ringgit sudah diterang kepada SPRM – Annuar Musa

Mengulas lanjut, Annuar berkata, beliau menyerahkan kepada pasukan peguamnya untuk memulakan tindakan yang bersesuaian dan bertepatan dengan tindakan undang-undang sedia ada.

Katanya, setiap perkara berbangkit terutama yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara perlu disiasat dengan teliti oleh pihak berwajib.

Tegas beliau, semua pihak perlu memberikan kerjasama serta tidak mengganggu penyiasatan dengan menyebarkan fitnah dan berita palsu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This