KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) telah pun mengadakan pertemuan dengan ibu bapa dua pemain bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih dalam satu video tular, baru-baru ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya memandang serius isu berkenaan dan memberi tumpuan kepada soal keselamatan serta kebajikan pelajar.
Menurut beliau, pertemuan dengan ibu bapa dua pemain remaja berkenaan adalah untuk mendapatkan maklum balas berkaitan insiden berkenaan.
Pada masa sama, Fadhlina memberitahu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka juga telah melaksanakan sesi kaunseling bersama keluarga dan pelajar berkenaan.
“Ya, perhatian kita sangat besar tentang isu ini kerana keutamaan kita adalah soal keselamatan dan kebajikan murid.
“Kita dah jumpa ibu bapa pelajar terbabit untuk dapatkan maklum balas. Kita tak kompromi soal keganasan terhadap pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun dekat Shah Alam, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Tampar pemain remaja perempuan: KPM teruskan siasatan tindakan tatatertib
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM juga akan terus menyiasat dan melihat isu ini secara menyeluruh kerana melibatkan banyak pemegang taruh.
Kata beliau, kementerian itu juga masih menyiasat insiden berkenaan menerusi bahagian integriti dan tatatertib.
“Kita masih lagi menyiasat, tidak semestinya kita tunggu laporan polis kita tak boleh siasat kerana kita juga ada bahagian integriti dan tatatertib,” jelas beliau.
Seorang jurulatih yang didakwa menampar dua pemain remaja perempuan telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.
Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) turut memaklumkan pihaknya juga telah mengambil langkah menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut dengan serta-merta dan akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi tujuan berkenaan.
Terdahulu, tular video memaparkan tindakan seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemain remaja perempuan. Insiden itu dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang diadakan pada 14 hingga 16 Disember lepas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

