PERIHAL pembangunan negeri, tebatan banjir dan penyelenggaraan jalan menjadi tumpuan dalam kunjungan hormat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Menurut Amirudin, kunjungan hormat itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Dalam pertemuan lebih satu jam, Amirudin berkata, beliau menyampaikan aspirasi rakyat Selangor supaya kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan negeri itu dapat dimantapkan di bawah kepimpinan Anwar.
“Memulakan tugas di tahun 2023 dengan berkunjung hormat kepada Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
“Beberapa perkara perihal perkembangan positif hasil negeri Selangor di akhir tahun 2022 melepasi sasaran mencapai 123.55 peratus yakni RM2.53 bilion daripada sasaran RM2.05 bilion.
Baca artikel berkaitan: Amirudin sambut baik barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan
“Penumpuan kepada beberapa perkara perihal pembangunan negeri, tebatan banjir dan penyelenggaraan jalan antara yang turut dibincang panjang kali ini.
“Iltizam #KitaSelangor menjadi pasak utama agenda pembangunan Malaysia yang lebih sepadu, demi merealisasi agenda kemajuan bersama,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Amirudin turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi input-input penting untuk dilaksanakan di Selangor.
Beliau turut mengundang Anwar untuk mengadakan lawatan kerja ke Selangor dalam waktu terdekat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

