MINDEF akan realisasikan projek LCS, kukuhkan pertahanan negara – Mohamad

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pertahanan (MINDEF) akan merealisasikan pembinaan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) demi mengukuhkan pertahanan dan perairan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, misi MINDEF adalah untuk menyempurnakan pembinaan kapal berkenaan menjelang 2024.

“Pertimbangan kami berdasarkan komersial semata-mata. Kita nak pastikan kapal ini siap. Tak dapat enam, dapat empat pun sudah cukup asalkan siap semasa saya berada di MINDEF ini.

“Saya akan meneruskan usaha-usaha yang dilaksanakan MINDEF, Angkatan Tentera Malaysia, pelbagai agensi lain serta Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera dalam merealisasikan penyiapan LCS ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Amanat Menteri Pertahanan 2023 di Wisma Pertahanan, di sini,hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman serta beramah mesra dengan sebahagian Pegawai Tertinggi Angkatan Tentera selepas hadir ke Majlis Amanat Menteri Pertahanan 2023 di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca lagi: Kerajaan jamin projek LCS diteruskan

Mohamad berkata, beliau telah mengadakan rundingan dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan MINDEF supaya dapat menerangkan keadaan sebenar berhubung isu LCS.

“Kami tidak berminat untuk menuduh sesiapa atau membelakangi seseorang, (tetapi) apa yang saya mahu melihat adalah kapal berada atas air menjelang Julai 2024,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, pembangunan keupayaan dan kapasiti pertahanan akan diteruskan dengan jangkaan peruntukan kerajaan kepada MINDEF sebanyak RM17.4 bilion kepada belanja mengurus dan belanja pembangunan.

“Sebanyak 281 perancangan perolehan dengan unjuran nilai RM8 bilion bagi pelaksanaan pembekalan alat ganti dan penyelenggaraan aset ketenteraan ATM. 

“Antaranya Meriam 155 milimeter Self Propelled Howitzer, pasang pulih KD Laksamana, KD Jerai dan KD Lekir untuk TLDM serta penyelenggaraan pesawat C130 dan pembekalan alat-alat ganti pesawat-pesawat TLDM.

“Ia juga bagi meneruskan agenda perancangan perolehan Maritime Patrol Aircraft dan Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aircraft System dan Light Combat Aircraft selain memastikan keutamaan perolehan Littoral Mission Ship dapat dipertimbangkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi,” katanya.

Beliau berkata kesemua projek yang dirancang mesti disegerakan terutamanya yang melibatkan peruntukan secara one-offatau program khusus yang wajib dibayar pada tahun semasa.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This