Shahrir Samad bebas kes penggubahan wang haram RM1 juta

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan kes bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahri Ab Samad yang didakwa atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut laporan Malaysiakini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan untuk pembebasan penuh oleh peguam, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Pada mulanya, pihak pendakwaan memohon untuk membebas tanpa melepaskan (DNAA) tokoh veteran UMNO itu yang bermasuk tertuduh tidak boleh didakwa atas kesalahan sama pada masa akan datang.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membebaskan Shahrir selepas Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh dalam kes itu.

“Timbalan Pendakwa Raya mengesahkan bahawa pendakwaan tidak akan diteruskan dalam masa terdekat. Dalam keadaan sedemikian adalah wajar tertuduh dilepas dan dibebaskan. 

“Mahkamah mengguna pakai Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah selain terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang dirujuk oleh pihak pembelaan. Saya perintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan. Tarikh perbicaraan pada 27 dan 28 Feb ini dilapangkan dan wang jaminan dikembalikan serta pasport diserahkan semula kepada tertuduh,” kata Hakim Muhammad Jamil.

Peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Shahrir memohon supaya anak guamnya dilepas dan dibebaskan atas alasan keterangan saksi pendakwaan berpihak kepada tertuduh.

Manakala, Dzulkifli berkata, pertuduhan terhadap Shahrir dibuat secara tergesa-gesa yang diputuskan oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.

“Kes ini berada pada tahap akhir (pendakwaan) dan pegawai penyiasat sudah dipanggil dan mengakui keterangan tidak mencukupi untuk mendakwa Tan Sri Shahrir. Oleh demikian, kami mohon mahkamah memutuskan Tan Sri Shahrir dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

Peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros pula berkata permohonan pendakwaan supaya Shahrir dilepaskan tanpa dibebaskan tidak memberi kebebasan mutlak kepada anak guamnya.

“Tan Sri Shahrir diheret ke mahkamah sejak 2020, malah keluarganya turut berasa malu terhadap pertuduhan dibuat ke atas beliau. Sekiranya anak guam hanya dilepas tanpa dibebaskan, akan menyebabkan beliau tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya adakah beliau akan diheret ke mahkamah pada masa akan datang,” kata peguam itu.

Baca lagi: Tommy Thomas tetap arah dakwa Shahrir walau kertas siasatan tak lengkap – SPRM

Untuk rekod, Shahrir, 72, didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This