Jemaah haji, umrah tak mengundi dibimbangi melakukan dosa besar – Hadi Awang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

JEMAAH haji dan umrah yang tidak mengundi ketika berada di Tanah Suci pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dibimbangi melakukan dosa besar kerana telah melanggar perintah Allah.

Perkara itu menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, kerana mengundi merupakan satu daripada kewajipan memenangkan dan mempertahankan Islam.

Jelas beliau, jika tugas pengundian, itu tidak dtiunaikan, maka akibatnya adalah lebih besar dan lebih parah.

“Kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelosok dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanah air kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri. 

“Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus, menunjukkan orang Islam yang tidak menunaikan kewajipan mengundi walaupun alasannya kerana ibadat haji dan umrah, malah ada yang menunggu upah duit dan sebagainya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Baca lagi: Dua jam disoal, Hadi Awang beri kerjasama penuh

Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut mengucapkan syabas kepada golongan muda yang mengundi dalam PRU15.

Jelas beliau, walaupun ramai yang jahil agama dan masih muda, tetapi mereka tetap mendapat hidayah, sayangkan agama dan bangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This