GST perlu ganti SST dengan kadar 4 peratus pada 2024 – FMM

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan perlu menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan kadar empat peratus menjelang 2024.

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata, cadangan mengenai pelaksanaan semula GST itu perlu dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan disemak untuk dilaksanakan tahun hadapan.

Jelas Thian Lai, sistem GST mampu menambah cukai secara tidak langsung dan memberi lebih keanjalan kepada kerajaan untuk mengurangkan cukai secara langsung.

Katanya, inisiatif itu sekaligus mampu menjadikan Malaysia sebagai destinasi perniagaan yang lebih menarik.

“GST akan membantu negara meningkatkan ruang fiskal bagi berdepan cabaran suasana ekonomi yang mencabar sementara membantu menguruskan hutang yang tinggi.

“Cukai ini perlu dilaksanakan dengan kadar yang tidak membebankan rakyat dan pada masa sama membantu Putrajaya meluaskan sumber pendapatan,” katanya memetik laporan FMT.

Baca lagi: Tiada perbincangan untuk kembalikan GST – Tengku Zafrul

Mengulas lanjut, Thian Lai berkata, pelaksanaan GST dilihat akan mempercepatkan pengurangan defisit fiskal dan secara keseluruhan merendahkan nisbah hutang kerajaan.

Jelas beliau, GST adalah struktur cukai lebih adil yang menghapuskan cukai bertindih dan tambahan biasanya ada dalam SST.

Menurut Thian Lai, kajian bersama dengan Institut Kajian Ekonomi malaysia (MIER) pada Ogos lalu mendapati 74 peratus responden menyokong GST berbanding SST.

“FFM mencadangkan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar 4 peratus, mengurangkan cukai korporat secara keseluruhan kepada 20 peratus dan memastikan barangan dan perkhidmatan asas tidak dikecualikan cukai.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan akan mengkaji cara terbaik untuk mengurangkan bajet defisit yang dianggarkan pada 5.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2022.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan kerajaan tidak akan mengenakan cukai baharu dan tidak berbincang untuk memperkenalkan semula GST.

Untuk rekod, GST kali pertama diperkenal pada 1 April 2015 bagi menggantikan SST semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Begitupun, pelaksanaan GST kemudian ditangguhkan pada 1 Jun 2018 sebelum digantikan semula oleh SST pada 1 September 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadi kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sehingga kini, kadar semasa cukai jualan adalah lima peratus hingga 10 peratus manakala cukai perkhidmatan adalah enam peratus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This