BERITA gembira buat Harimau Malaya apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan skuad kebangsaan.
Perkembangan itu tentunya menyuntik semangat pemain skuad kendalian Kim Pan Gon menjelang persiapan ke Piala Asia yang bakal diadakan pada bulan Januari 2024 di Qatar.
Penawaran Stadium Sultan Ibrahim yang juga gelanggang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ekoran Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup untuk proses penukaran rumput bermula bulan Mac ini.
Tunku Ismail dalam ciapan di Twitter memaklumkan, tawaran itu dibuat selepas perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Justeru, Tunku Mahkota Johor telah berkongsi perkembangan itu dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin semasa melawat sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM, semalam.
“Setelah berbincang dengan Menteri KBS, Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang SNBJ yang akan bermula Mac ini.
“Saya telah berjumpa dengan Presiden FAM untuk berkongsi ‘update’ dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu padang SNBJ siap,” katanya dalam ciapan itu.
Baca artikel berkaitan: Harimau Malaya tagih sokongan peminat menentang Singapura – Pan Gon
Berdasarkan jadual pasukan negara sepanjang tahun ini, anak buah Pan-gon dijangka bakal dihimpunkan dalam jendela aksi antarabangsa Fifa pada Mac, Jun, September, Oktober dan November, dengan beberapa aksi antarabangsa bakal menanti pasukan sebagai persiapan ke Piala Asia pada Januari 2024 di Qatar.
Proses pertukaran padang di SNBJ daripada rumput jenis Cowgrass kepada rumput Zeon Zoysia dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya selama enam bulan sebelum boleh digunakan.
Malah, kos penukaran rumput itu juga ditaja sepenuhnya Tunku Ismail dengan nilai RM1.4 juta.
Stadium Sultan Ibrahim dirasmikan pada 22 Februari 2020 terletak di Gelang Patah, Iskandar Puteri merupakan stadium rasmi pasukan Harimau Selatan yang memilik pelbagai kemudahan termasuk menggunakan teknologi tinggi.
Stadium ikonik yang menelan kos pembinaan RM200 juta itu dibina bagi menggantikan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin mampu memuatkan 40,000 kapasiti penonton pada satu-satu masa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

