
ANGGOTA Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menyuarakan, kebimbangan selain menegaskan keperluan untuk mengekalkan status quo di perkarangan Masjid al-Aqsa.
Perkara tersebut disuarakan selepas Menteri Keselamatan negara haram Israel, Itamar Ben-Gvir melakukan lawatan kontroversi yang digelar pemimpin Palestin sebagai ‘provokasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini’.
Status quo di perkarangan Masjid al-Aqsa sudah berusia berdekad-dekad, ia merupakan tapak suci ketiga selepas Mekah dan Madinah yang hanya membenarkan kemasukan dalam kalangan umat Islam sahaja.
Namun begitu, ia juga merupakan tapak suci bagi orang Yahudi yang sudah sejak sekian lama cuba untuk menukar status quo berkenaan bagi membenarkan mereka turut sama berada di situ.
Baca artikel lain: Sejak bila bekas menteri ada kemudahan kereta? Soal Radzi kepada Anwar
Wakil Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour mendesak, UNSC mengambil tindakan terhadap Ben-Gvir susulan daripada tindakannya.
“Garisan merah apa yang perlu Israel lintas untuk Majlis Keselamatan akhirnya berkata cukup setakat ini,” katanya selain mengajak 15 anggota lain menuduh negara haram Israel melakukan ‘penghinaan mutlak’.
Editor Diplomatik Al Jazeera, James Bays yang melakukan laporan dari Ibu Pejabat PBB di New York memberitahu, anggota UNSC menyatakan kebimbangan situasi di Masjid al-Aqsa dan bahaya yang mungkin didepani.
Bagaimanapun, Bays menambah: “Tetapi kata-kata mereka sangat terhad, dengan sedikit kritikan langsung terhadap Israel”.
Pegawai Hal Ehwal Politik PBB, Khaled Khiari memberitahu UNSC bahawa, Ben-Gvir merupakan menteri Kabinet Israel yang pertama datang ke tapak suci itu sejak tahun 2017.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram