DUA pekerja restoran masakan padang hanya mampu berdiri kaku dan melihat lauk-pauk yang ingin disusun jatuh bertaburan selepas rak cermin pecah.
Detik-detik kejadian yang tular sejak semalam di media sosial Indonesia berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pada 2.01 petang kelmarin.
Menerusi rakaman CCTV dua pekerja itu dilihat hampir selesai menyusun lauk-pauk.
Namun, ketika salah seorang pekerja cuba meletak lauk “terakhir” secara tiba-tiba rak cermin kaca pecah dan menyebabkan makanan yang telah disusun turut jatuh.
Baca artikel : Kantoi ada hubungan sulit dengan isteri ketua kampung, lelaki kena usir penduduk
Hanya lauk yang dipegang pekerja itu sahaja masih ditangan kerana tidak sempat diletakkan ke atas rak terbabit.
Sementara itu, tinjaun di ruangan komen mendapati rata-rata warganet berpendapat rak itu pecah kerana tidak mampu menahan beban hidangan yang terlalu banyak.
“Bukan salah karyawannya.. Itu keberatan beban,” tulis M.hamizanraditya.
“Bebannya terlalu berat, mungkin,” komen Yogi_saputra1476.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

