TULAR sebuah klip video memaparkan aksi puluhan penduduk menghalau seorang lelaki selepas dipercayai menjalinkan hubungan sulit bersama isteri kepada ketua kampung.
Kejadian berlaku di Kuningan, Jawa Barat, kelmarin.
Memetik laporan TV One News, lelaki terbabit merupakan ketua rukun tetangga dan juga merupakan pekerja di kediaman ketua kampung.
Menerusi klip video terbabit dapat dilihat reaksi penduduk sangat marah akan perbuatan maksiat yang dilakukan pasangan terbabit sehingga berlakunya kekerasan.
Ketua Daerah Cidahu, Agus Suryo berkata, pasangan terbabit telah ditangkap dan dibawa keluar dari kawasan kampung.
Baca artikel : Janda ‘kantoi’ berkhalwat dengan lelaki Bangladesh
“Lelaki terbabit telah ditahan pihak Polis Cidahu sementara isteri ketua kampung ditangkap di rumah saudaranya dekat Desa Bogor, Kuningan,” ujarnya.
Tambah Agus, pasangan terbabit dibawa keluar dari kawasan kampung kerana dikhuatiri berlaku perkara yang tidak diingini ke atas mereka.
Malah, pihak berkuasa juga menjalankan siasatan berhubung dakwaan maksiat membabit pasangan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

