PELAKSANAAN semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilihat tidak sesuai pada ketika ini berikutan pelbagai masalah yang membebani rakyat khususnya berkaitan kos sara diri.
Malah, cadangan supaya kadarnya diturunkan kepada empat peratus pula akan mengakibatkan jumlah kutipan yang diterima sedikit dan akhirnya ia gagal mencapai matlamat asal.
Penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menegaskan, isu ini perlu kembali kepada apakah matlamat asal GST ini mahu dilaksanakan semula.
Ujarnya, jika kerana mahu membantu kerajaan yang berdepan dengan perbelanjaan tinggi akibat daripada pelaksanaan pelbagai program seperti subsidi pukal, maka mewujudkan GST ada rasionalnya.
Namun, katanya, kerajaan terlebih dahulu perlu menyelesaikan isu ketirisan, pembaziran dan rasuah melibatkan wang negara kerana hakikatnya sumber sedia ada cukup untuk menampung perbelanjaan tahunan.
“Rakyat masih mendepani masalah kos sara diri yang tinggi dan pengenalan semula GST mungkin tidak sesuai pada masa ini. GST ini pilihan terakhir.
“GST ini ia pukul rata, semua kena, semua golongan dan ada kata letak kadar rendah, ia akan menyebabkan hasil rendah dan maksud untuk menampung perbelanjaan itu tidak tercapai,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.
Baca artikel lain: GST perlu ganti SST dengan kadar 4 peratus pada 2024 – FMM
Terdahulu, Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai menggesa kerajaan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan GST pada kadar empat peratus menjelang 2024.
Katanya, cadangan mengenai pelaksanaan semula GST itu perlu dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan disemak untuk dilaksanakan tahun hadapan.
Jelas Thian Lai, sistem GST mampu menambah cukai secara tidak langsung dan memberi lebih keanjalan kepada kerajaan untuk mengurangkan cukai secara langsung.
Prof Ahmed Razman menambah, mungkin sudah tiba masa kerajaan untuk menerokai sumber ekonomi alternatif seperti dalam industri digital, aeroangkasa termasuk nadir bumi.
Beliau mengakui cadangan berkenaan tidak popular dan sukar untuk dilaksanakan namun segmen ini memiliki potensi besar untuk diterokai sebagai sumber pendapatan pada masa hadapan.
“Kalau kita tengok tamadun Islam pendapatan hasil kerajaan bukan daripada percukaian, cukai ini dianggap hasil darurat iaitu apabila negara menghadapi ancaman daripada luar.
“Sistem yang lebih baik yang telah ada harus diperkasakan seperti sistem wakaf dan juga pembiayaan Islam, kalau semua ini dilaksanakan maka kita tak perlu bergantung kepada sistem barat,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

