Gaduh, rosakkan kereta, Polis Miri tahan enam lelaki

Dari Penulis

ENAM lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Bintang, Miri, hari ini, telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, enam lelaki tersebut ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di kawasan letak kereta tingkat bawah kompleks beli-belah berkenaan.

Tiga video pergaduhan berkenaan turut tular dalam media sosial.

Menurut Alexson, kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 34 tahun itu ditahan di beberapa lokasi sekitar Bandaraya Miri.

“Enam lelaki tersebut ditahan untuk siasatan lanjut.

Baca artikel berkaitan: Polis nafi penglibatan KPN dalam Skim Pelaburan Amundi

“Tangkapan dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri susulan satu aduan diterima pada pukul 11 pagi hari yang sama,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Tiga klip video tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki merosakkan sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih.

Sekumpulan lelaki tersebut turut dilihat merosakkan kereta itu menggunakan sebatang besi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This