MALAYSIA sentiasa memberi keutamaan kepada Indonesia dalam hubungan dua hala, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Indonesia menerima saya sebagai sahabat sejati, jadi saya tidak melupakan,” katanya kepada media selepas menyaksikan penyerahan Surat Hasrat dan pertukaran memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan Indonesia di Jakarta.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan memilih Indonesia sebagai negara pertama kunjungan rasminya setelah menyandang jawatan Perdana Menteri pada 24 November lepas.
“Indonesia itu jiran, serumpun, persahabatan baik, sahabat sejati dalam keadaan saya terlempar, terbuang, tersisih,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Anwar tiba di Indonesia lawatan rasmi dua hari
Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Indonesia hari ini bagi lawatan rasmi dua hari.
Esok beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo atau lebih mesra dipanggil Jokowi di Istana Bogor, Jawa Barat, kira-kira 54 kilometer dari Jakarta Selatan.
Ditanya mengenai agenda pertemuannya dengan Jokowi, Anwar berkata ada 12 perkara yang disenarai untuk dibincangkan namun beliau enggan mengulas lanjut.
Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Adlan Mohd Shaffieq.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

