Tambah masa operasi klinik kesihatan jejas mutu perkhidmatan – MMA

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PENAMBAHAN bilangan masa operasi klinik kesihatan dibimbangi akan memberi kesan kepada tahap penjagaan di pusat kesihatan awam.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, mutu penjagaan akan terkesan sekiranya petugas kesihatan keletihan dan bekerja lebih masa.

Katanya, imbangan di antara hidup dan kerja adalah penting bagi mengekalkan standard penjagaan yang tinggi di pusat kesihatan awam.

“Kami menerima aduan daripada beberapa doktor pelatih bahawa mereka perlu masuk kerja dua atau tiga jam lebih awal bagi memastikan tugas pentadbiran dikemas kini, selain perlu bekerja lebih masa selepas syif berakhir bagi menghabiskan tugasan.

“Doktor pelatih, pegawai kesihatan malah pakar di pusat penjagaan kesihatan awam kini secara kebiasaannya bekerja melebihi syif, namun tidak diberi imbuhan setimpal bagi perkhidmatan dan masa tambahan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Inisiatif Payung Rahmah diperkenal bantu kurangkan kos sara hidup B40, miskin tegar – Salahuddin

Selain itu, Dr Muruga berkata, kadar elaun sebanyak RM600 disifatkan sebagai tidak adil berbanding tambahan masa kerja yang diberikan.

Katanya, sekiranya perkara itu berlaku di sektor swasta, ia dilihat sebagai eksploitasi malah membuli namun, disebabkan ia wujud dalam sektor kerajaan, ia sudah lama dianggap sebagai tugas negara.

“Bagi mencari penyelesaian terhadap isu ini, MMA bercadang untuk berjumpa dengan pihak sumber manusia kementerian dan jabatan perkhidmatan awam bagi mendengar pandangan mereka membabitkan perkara ini.

“Kami berpendapat, beberapa dasar diperlukan bagi melindungi pekerja kesihatan daripada menerima layanan tidak adil berbanding rakan setugas di sektor swasta,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap keseimbangan antara kerja dan hidup pekerja kesihatan awam akan menjadi antara perkara yang akan diteliti dengan lebih terperinci menerusi Kertas Putih Kesihatan.

“Untuk menangani isu ini, kita memerlukan lebih ramai kakitangan dalam penjagaan kesihatan awam.

“Kami sememangnya gembira dapat bertemu dengan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang menerima idea sudah diusul dan mengharapkan lebih banyak pembabitan dengan beliau serta pasukannya di kementerian kesihatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This