JPN digitalkan 150 juta rekod fizikal disimpan sejak 1869

Dari Penulis

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) sedang melakukan proses menyimpan 150 juta rekod fizikal yang disimpan sejak 1869 ke bentuk digital bagi tujuan keselamatan dan pemuliharaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata meskipun kebanyakan rekod daftar kelahiran dan kematian yang dimiliki jabatan itu hanya mengandungi maklumat asas seperti nama ayah dan ibu, nama anak, alamat dan pekerjaan, ia juga merupakan khazanah maklumat penduduk negara yang harus dipulihara.

“Ini merupakan sebahagian daripada rancangan masa hadapan kita supaya khazanah ini dapat disimpan dengan selamat dan sesuai dengan peredaran teknologi semasa bagi tujuan pendigitalan rekod jabatan,” katanya pada sidang media selepas membuat lawatan kerja di JPN, hari ini.

Baca artikel berkaitan: SOP kemasukan pelancong asing kekal setakat ini – Saifuddin

Selain menghargai maklumat yang dimiliki, Saifuddin Nasution berkata penyimpanan rekod secara elektronik itu juga dapat menjadi rujukan dan memudahkan pencarian pada masa hadapan sekiranya diperlukan.

Menurutnya, setakat ini kira-kira 30 juta rekod telah disimpan secara digital dan proses penyimpanan akan terus dilaksanakan oleh jabatan berkenaan sehingga selesai.

Semasa lawatan itu, beliau diberi taklimat tentang operasi menyeluruh JPN selain turut menyampaikan surat kelulusan permohonan kewarganegaraan kepada 28 permohonan yang berjaya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This