Hubungan Malaysia-Indonesia ditingkatkan ke arah belum pernah dicapai sebelum ini – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HUBUNGAN dua hala antara Malaysia-Indonesia akan ditingkatkan ke arah yang belum pernah dicapai sebelum ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jaminan itu disuarakan sendiri Perdana Menteri ketika menyampaikan syarahan umum dalam Forum Kepimpinan CTCORP dalam rangka lawatan kerja rasminya selama dua hari ke Indonesia.

Menurut Anwar, keyakinan itu hadir berdasarkan perubahan landskap politik di Malaysia setelah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Perdana Menteri berkata, perkara itu turut dinyatakan ketika pertemuan empat mata beliau dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, pagi tadi.

Katanya, beliau dan Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi mahu memastikan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia diangkat ke tahap lebih baik.

Perdana Menteri berkata, ia termasuk beberapa isu yang disifatkan telah ‘melukai’ perasaan rakyat Indonesia melibatkan tenaga kerja Indonesia (TKI).

“Saya jawab kepada Presiden, saya ini juga dari orang yang tersisih dan terbuang, lebih mengerti soal keadilan sosial.

“Jadi sekarang menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan (perkara itu) bukan soal memihak kepada Indonesia atau Malaysia (tetapi) memihak kepada prinsip keadilan dan manusiawi.

Baca artikel berkaitan: Malaysia sambut baik pembangunan Nusantara – Anwar

“Saya ingin memberi jaminan di sini untuk menyatakan bahawa Insya-Allah, dengan perubahan peta politik di Malaysia, saudara akan menyaksikan suatu peningkatan hubungan dua hala negara serumpun, negara jiran yang belum pernah dicatatkan sebelum ini,” katanya dalam syarahan umum tersebut.

Forum Kepimpinan CTCORP anjuran pengasas dan pengerusinya, Chairul Tanjung yang turut disiarkan oleh CNN Indonesia itu merupakan antara agenda akhir Perdana Menteri dalam lawatan dua hari beliau ke Indonesia.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, isu ekonomi perlu dititikberatkan oleh kedua-dua negara kerana dunia berdepan dengan kemelut yang belum ada penyelesaian.

Walaupun begitu, beliau tidak mahu bersikap pesimis dan percaya kedua-dua negara mampu bangkit serta keluar daripada krisis ekonomi yang menjelang tiba nanti.

“Tumpuan kita tetap ekonomi kerana kita berdepan dengan suatu kemelut ekonomi yang belum ada kepastian penyelesaiannya.

“Seusai COVID-19, kita masih hadapi suasana global yang belum menentu tetapi saya tak mewakili pandangan yang pesimis.

“Tanggungjawab kita sama ada pimpinan atau konglomerat adalah untuk merencana supaya memanfaatkan waktu dan kebijakan semaksimum untuk memperbaiki keadaan. Saya percaya Insya-Allah, pandangan dan skop pesimis itu tidak semestinya benar,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This