KUSKOP tangguh RM128.6 juta pembayaran semula pinjaman

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) membuat keputusan menangguhkan pembayaran semula pinjaman mikro kredit dan pinjaman keusahawanan berjumlah RM128.6 juta.

Penangguhan tersebut akan memanfaatkan 65,596 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di beberapa negeri yang terjejas banjir pada 9 hingga 31 Disember lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, hampir kesemua usahawan atau peminjam yang terjejas itu adalah dari Kelantan dan Terengganu dengan sebahagian lagi di Pahang serta Sabah.

Menurut beliau, peminjam atau usahawan berkenaan yang membuat pinjaman melalui agensi-agensi di bawah KUSKOP boleh memohon penangguhan sehingga tempoh maksimum enam bulan.

“Agensi yang terlibat ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM); SME Corp Malaysia; TEKUN Nasional; Bank Rakyat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Baca artikel berkaitan: Usahawan Sabah, Sarawak menang Anugerah Keusahawanan Shell Global

“Penangguhan pembayaran semula pinjaman ini merupakan inisiatif kementerian bagi membantu meringankan tekanan dan bebanan dihadapi usahawan PMKS di semua negeri terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, KUSKOP turut melaksanakan program bantuan bakul makanan pasca banjir di Kelantan dan Terengganu kepada seramai 1,100 keluarga isi rumah yang terlibat banjir.

Katanya, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM110,000.

Penyerahan bakul makanan kepada mangsa-mangsa banjir itu akan dilaksanakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator Saraswathy Kandasami pada 13 Januari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This