Video YouTuber ceroboh Menara Merdeka 118 pada Mei 2022

Dari Penulis

SATU video tular memaparkan empat individu dipercayai warga asing menceroboh sehingga ke puncak Menara Merdeka 118 adalah video berlaku pada Mei 2022.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah pun membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

“Untuk makluman, video tersebut adalah video kejadian adalah pada bulan Mei 2022.

“Kertas siasatan telah pun dibuka,” katanya.

UtusanTV sebelum ini melaporkan satu lagi video memaparkan empat individu dipercayai warga asing memanjat menara kedua tertinggi di dunia itu tular.

Dalam video berdurasi tujuh minit 18 saat dimuatnaik ke Youtube, kumpulan berkenaan berkongsi video ‘pencerobohan’ pada 30 Disember lalu.

Empat individu tersebut masuk ke tapak Menara Merdeka 118 itu dengan memakai jaket seperti pekerja binaan.

Baca artikel berkaitan: Lagi kes warga asing ceroboh Menara Merdeka 118?

Tangkap layar video menunjukkan individu tersebut cuba memotong kunci dan jaring keselamatan di bahagian tangga kecemasan untuk panjat ke bahagian atas Menara Merdeka 118

Kumpulan berkenaan sebelum itu turut memanjat ke bahagian bumbung sebuah hotel bersebelahan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

Mereka didapati menceroboh dengan menggunakan tangga kecemasan menara tersebut secara senyap-senyap sebelum bertindak memotong kunci dan jaring keselamatan di tangga berkenaan.

Keempat-empat individu tersebut kemudiannya duduk di bahagian puncak dan mengambil gambar pemandangan sekitar Kuala Lumpur.

Difahamkan, mereka mengambil masa enam jam untuk sampai ke puncak Menara Merdeka 118 itu.

Bulan lalu, polis melakukan siasatan bagi mengenal pasti ketulenan video pasangan dipercayai warga Rusia yang didakwa menceroboh Menara Merdeka 118, baru-baru ini.

Pasangan itu yang dikenali sebagai Ivan Beerkus dan Angela Nikolau disiasat kerana disyaki menceroboh bagi memanjat bangunan berkenaan.

Gambar Ivan dan Angela dari puncak bangunan kedua tertinggi di dunia berkenaan dimuat naik di laman sesawang SkyscraperCity.com dan kemudiannya di Says.com yang menunjukkan kedua-dua pasangan itu di dakwa berdiri di atas puncak bangunan.

Pasangan itu dipercayai menggunakan dron untuk mengambil gambar dan memanjat tangga dari dalam menara untuk ke puncak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This