PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) diminta untuk mengumumkan para pemimpin yang telah melepaskan jawatan daripada parti tersebut.
Perkara tersebut digesa oleh bekas Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya seperti mana dilapor oleh portal FMT, hari ini.
“Parti juga harus mengumumkan bilangan orang yang meletakkan jawatan selepas Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai pengerusi,” katanya.
Disember tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Pengerusi Pejuang, dengan individu dalam parti mendakwa, keluarganya mahu beliau berundur daripada politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Marzuki berkata, beliau dan beberapa pemimpin lain telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah selepas Dr Mahathir meninggalkan parti.
Baca artikel lain: ‘Saya tinggalkan UMNO lama’, kata Anwar enggan ulas tiada pertandingan dua jawatan tertinggi
“Kami telah memberikan surat kami kepada setiausaha agung. Bukan kita yang perlu umumkan sebaliknya setiausaha agung,” katanya.
Beliau menambah masih merupakan ahli Pejuang dan Setiausaha Agung Gerakan Tanah Air (GTA) yang merupakan sebahagian daripada Pejuang.
Sabtu lalu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan penarikan diri daripada GTA untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan parti.
Pejuang mengalami kekalahan teruk dalam PRU-15, dengan semua calon mereka termasuk Dr Mahathir dan Mukhriz hilang deposit.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

