PH sedia gempur PAS di Kelantan

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) Kelantan sudah bersedia untuk menggempur PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Ketua Wanitanya, Dr Hafidzah Mustaqim berkata, atas sebab itu beberapa perubahan dan penambahbaikan akan dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat kepada rakyat negeri ini.

“PH kalah di Kelantan baru baru ini, kerana propaganda yang dimainkan menerusi perkauman dan sentimen sempit keagamaan.

“Hakikatnya, ia adalah pembohongan yang dilakukan bagi mengaburi mata para pengundi untuk menolak PH,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Baca artikel lain: Import telur langkah sementara tampung bekalan

Dr Hafidzah menambah, PH juga yakin pengundi semakin cerdik dan sudah boleh memahami prinsip keadilan serta kemakmuran yang diberikan oleh Kerajaan Perpaduan.

Katanya, wanita PH termasuk Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (Awan) Kelantan akan meneruskan gerak kerja penerangan kepada akar umbi.

Katanya lagi, PH akan membawa nafas baharu untuk mengubah nasib wanita di Kelantan supaya lebih berdaya saing.

“Kita berharap akan ada perubahan untuk PRN akan datang. Untuk menemui sasaran undi 18 tahun, PH mesti menggunakan media utama mereka iaitu TikTok dan Twitter,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This