Polis cari pemilik motosikal langgar BMW sehingga budak terjatuh

Dari Penulis

POLIS Kuala Lumpur kini mengesan pemilik motosikal serta kereta BMW yang terlibat dalam satu kemalangan tular membabitkan seorang kanak-kanak terjatuh.

Kemalangan dipercayai berlaku di Sri Petaling, hari ini.

Menerusi satu hantaran Polis KL di laman Facebook, pemilik rakaman kamera papan pemuka diminta tampil memberi maklumat berkaitan kejadian.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut boleh menghubungi Balai Trafik Jalan Bandar di talian 03-2071999 atau mana-mana balai polis terdekat,” ujar hantaran itu.

Baca artikel : Lelaki ditahan selepas amuk guna pisau potong daging

Sejak petang tadi, tular sebuah klip video memaparkan kemalangan berlaku melibatkan sebuah motosikal yang dinaiki seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak dan sebuah kereta jenis BMW.

Malah, dalam rakaman juga dilihat kanak-kanak tersebut terjatuh ke jalan raya dan hampir digilis kereta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This