Filem ‘Pulau’ tidak sesuai ditayangkan, perlu teliti semula SOP – Fahmi

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berpandangan filem bergenre seram, ‘Pulau’ tidak sesuai untuk ditayangkan.

Fahmi berkata bagaimanapun beliau tidak boleh bercakap bagi pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.

“Saya tak boleh bercakap bagi pihak LPF dan saya juga difahamkan pihak FINAS telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini, tetapi dia bukan pada aspek penapisan. Apa-apa prosedur yang dipantau oleh FINAS itu adalah berlandaskan kepada SOP (prosedur operasi standard) perhubungan antara LPF dengan FINAS.

“Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran dan saya difahamkan dari segi kelulusan LPF itu telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini,” katanya ketika hadir pada tayangan eksklusif filem Duan Nago Bogho di Petaling Jaya, malam ini.

Beliau diminta mengulas sama ada LPF atau FINAS akan mempertimbangkan semula tayangan filem itu di pawagam.

Fahmi berkata merujuk kepada ‘trailer’ filem tersebut yang telah tular dan pada pandangannya tidak sesuai, beliau sendiri telah berhubung dengan pihak Golden Screen Cinemas (GSC) dan difahamkan penerbit berkenaan memutuskan menarik balik ‘trailer’ terbabit dalam tempoh terdekat serta melakukan penyuntingan baharu.

BERITA BERKAITAN Babak panas dalam filem Pulau, FINAS boleh batalkan lesen jika disabitkan atas suatu kesalahan

Menurut Fahmi beliau turut difahamkan berdasarkan laporan yang diterimanya, berkemungkinan terdapat babak-babak yang dipotong terlepas masuk ke ‘trailer’ filem tersebut.

“Trailer itu tidak ada potongan seperti dalam filem sebenar, tapi saya tidak boleh bercakap lebih daripada itu dan saya mohon dengan rakan-rakan media untuk berhubung dengan pihak LPF.

“Bagi saya, saya telah minta pihak FINAS untuk di masa hadapan, perkara ini perlu kami teliti, kaji semula dan rombak SOP. Kami tak nak jadi seperti ini, kelulusan itu diberi tanpa penelitian yang lebih khusus, saya rasa perlu ada penelitian,” katanya.

Semalam, media melaporkan (FINAS) tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem bergenre seram, Pulau yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Prof Dr Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata garis panduan kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa LPF.

Media turut melaporkan Pulau yang bakal ditayangkan 9 Mac depan menerima kecaman pelbagai pihak yang menggesa LPF mengkaji semula kelulusan karya terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio itu.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This