AJL37 bertemakan Dimensi Muzik, Sherry Alhadad & Jihan Muse dipilih jadi pengacara

Dari Penulis

DEBARAN semakin kencang! Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke-37 pada 12 Februari 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3.

Dimensi Muzik, tema AJL 37 menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik. Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik.

Secara tidak langsung, ia juga mewujudkan persaingan secara sihat di medan pertempuran penentuan lagu terbaik seperti AJL.

Malam anugerah menggandingkan dua figura yang terkenal dengan kepetahan berbicara dan gaya pengacaraan santai iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse. Pentas AJL 37 akan menjadi saksi kolaborasi pertama antara dua pengacara popular ini. Ia juga menjadi satu tarikan besar kerana ramai peminat menunggu kemunculan semula Jihan selepas bercuti panjang. 

Kemeriahan acara karpet merah akan distrim langsung secara HD di www.tonton.com.my dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam menerusi Karpet Merah Tonton yang dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy. Penonton juga dapat berinteraksi secara langsung dengan para finalis dalam program Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil. 

Sidang media pengumuman pengacara, tema dan jualan tiket AJL37 yang berlangsung di Damansara, baru-baru ini

Untuk mendekati finalis AJL 37, Tonton SoundStage x AJL37 kembali dengan 12 episod berdurasi 15 minit yang memaparkan temubual dan persembahan lagu daripada 12 finalis AJL 37 tentang debaran, persiapan dan harapan mereka untuk AJL 37 di www.tonton.com.my bermula 30 Januari hingga 10 Februari 2023. Tonton SoundStage x AJL37 juga akan disiarkan di TV3 dalam versi 30 minit selama 6 episod dari 5 hingga 10 Februari 2023, pukul 5 petang.

Dimensi AJL 37, sebuah program docutainment membawakan di sebalik tabir yang menyingkap perjalanan AJL 37 dari persiapan awal, ketika siaran langsung dan juga temubual bersama barisan pemenang. Jangan ketinggalan untuk menonton Dimensi AJL 37 yang akan bersiaran di TV3 pada 29 April 2023, pukul 12.00 tengah hari. 

Berita baik buat peminat yang ingin menyaksikan AJL 37 di Axiata Arena Bukit Jalil! Anda boleh membeli tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula 23 Januari 2023. 

ARAS 4ARAS 3ARENASUPER VVIP  (Terhad untuk 100 tiket)
RM50 RM 60 RM150  *Laluan khas RM300 *Arena *fast lane AJL 37 *pengalaman karpet merah AJL 37  *acara koktel (pra-anugerah) *pengalaman kamera 360 AJL 37 *beg tote AJL 37 * barangan cenderahati Tonton. 

Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara akan memenangi RM 50, 000 bersama trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM 30,000 bersama trofi. Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12,000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik bakal menerima RM12, 000 dan trofi. 

Berikut ialah senarai penuh 12 lagu yang berentap di AJL 37: 

LAGUPENYANYIKOMPOSERPENULIS LIRIK
SENGSARAKHAI BAHARJOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K JOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K
MAINANNAIM DANIEL FIRDAUS RAHMAT, OMAR K & MAS DEWANGA ARISZ AB RAHMAN 
ANUGERAH TERINDAH ALIF SATAR & THE LOCOS ALIF SATAR, ROMEO, TAM COBAIN & EFRY ARWIS ALIF SATAR, SHAH SHAMSHIRI & ROMEO
NANGIMAN TROYE EZRA KONG & A.RAMLE EZRA KONG & A.RAMLE 
PAYUNG PELANGI NOKI & MK NOKI & MK NOKI & MK
SATU MALAM DI TEMASEK SONAONE & JOE FLIZZOW SONAONESONAONE & JOE FLIZZOW
KEMBALI TERANGMARSHA MILAN SENNA & AJINSENNA 
BAHAGIAKAN DIALIZA HANIM & SHILA AMZAH ALIFF ISKANDARALIFF ISKANDAR & QUE AFIQ 
KORBAN ERNIE ZAKRI ERNIE ZAKRI ERNIE ZAKRI 
DEBUDAYANG NURFAIZAH & AMIR MASDIMAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIMMAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM
IRAMASHIHA ZIKIR IQIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES IQIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES 
TERUS HIDUP AINA ABDUL AINA ABDUL AINA ABDUL 

Sidang produksi AJL 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #AJL37 dan #roadtoAJL37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This