Penerbit Pulau, Fred Chong minta tonton dulu filem baru kritik – “Apa yang dilihat di trailer cuma satu peratus daripada keseluruhan filem,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENERBIT Pulau, Fred Chong menempelak dakwaan yang menuduh pihaknya sengaja menampilkan aksi panas dan lucah dalam filemnya sebagai teknik pemasaran bagi menarik penonton.

Menurut Fred, dia berharap orang ramai menonton terlebih dahulu naskhah terbabit sebelum menghentam.

Jelasnya, apa yang dipamerkan dalam trailer itu hanyalah satu peratus daripada keseluruhan jalan cerita.

“Apa yang dilihat melalui trailer cuma satu peratus daripada keseluruhan kandungan filem.

“Jadi saya berharap masyarakat tidak membuat andaian sebelum menonton filem penuh yang bakal ditayangkan pada 9 Mac ini.

“Kami tidak ada niat menyinggung mana-mana pihak. Segala bahan promosi filem seperti ‘trailer’, poster dan filem Pulau sendiri sudah melalui proses pemerhatian lanjut daripada pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) termasuklah senarai wajib tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS),” katanya kepada URTV.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak panas dalam filem Pulau, FINAS boleh batalkan lesen jika disabitkan atas suatu kesalahan, Filem ‘Pulau’ tidak sesuai ditayangkan, perlu teliti semula SOP – Fahmi, LPF diberi kandungan treler ‘Pulau’ berbeza untuk penapisan

Mengulas lanjut mengenai pemakaian pelakon yang terlalu seksi dan mencolok mata, Fred memberitahu, pemilihan pakaian itu bersesuaian ketika percutian di pulau peranginan.

“Pakaian pelakon wanita dalam filem tersebut bertepatan dengan lokasinya di pulau.

“Pada saya, normal untuk mana-mana pengunjung yang bercuti di pulau atau pantai memakai bikini.

“Saya juga memahami budaya Malaysia sebab itulah dalam filem ini kita tampilkan pelakon daripada pelbagai bangsa,” ujarnya.

Malah, jelas Fred lagi, ada beberapa babak terpaksa dipotong dan Pulau juga diberi klasifikasi PG13 oleh LPF pada Ogos tahun lalu.

“Empat babak yang sepatutnya dipotong telah pun dipatuhi. Kami yakin pada ketelusan proses dan profesionalisme pihak LPF,” katanya.

Terdahulu, media sosial kecoh apabila trailer filem Pulau yang dimuat naik di Youtube tular dan mendapat reaksi kurang menyenangkan oleh netizen. Mereka berpendapat, filem arahan Euho itu mengandungi unsur ‘soft porn’ dan memaparkan pelakon wanita berbikini yang jelas bercanggah dengan budaya di negara ini.

Filem itu membariskan pelakon seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Nam Ron dan ramai lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This